Hati Hati Merisik (Fatimah Syarha) | Aqil Aljunied

| Khamis, 17 Mei 2012



"Beruntung Haura'. Abi kata, siapa nak risik Haura' bila Haura' besar nanti, Abi akan  pastikan Abi pernah tamrin dan musafir sekali dengan si dia. Tak sangka, Abi dah ada standard dia. Terer  Abi, kan Haura'?!"

Jika memilih tidak bercinta sebelum berkahwin seperti kehendak syarak, jangan sampai berkahwin dengan seseorang yang kita tidak jelas tentang agama dan akhlaknya. Jangan mudah terpesona dengan apa yang terpapar di mata. Perlu merisik dengan bijaksana dan penuh kreativiti.
Macam-macam cara merisik.
Ada orang yang menghantar spy.
 Ada yang  bertanya kepada keluarga dan jiran tetangga si dia.
Ada yang menilai melalui facebook dan blog si dia dalam diam...dan ada bermacam-macam  lagi bentuk risikan. Kreatif!
Merisik dengan cara berkawan-kawan dulu dengan si dia? Hmm, itu bukan merisik, tapi berpelesit. Ianya syubhat, kata Yusuf al-Qaradhawi. Tiada contoh begini yang ditunjukkan oleh golongan salafussoleh.
Lebih menarik, ada yang merisik melalui orang tengah yang amanah dan dihormati agama dan akhlaknya. Beruntunglah bagi mereka yang mengikuti mana-mana institusi usrah atau halaqah kerana mereka lebih mudah menemui orang tengah yang amanah.
Ikuti teladan  betapa berhati-hatinya Saidina Umar untuk mengenali peribadi seseorang. Saidina Umar semasa cuba menyingkapi keperibadian seseorang, beliau sudah meletakkan piawaian tertentu. Beliau tidak mudah tertipu melihat postur dan penampilan seseorang. Beliau meletakkan kayu ukur tertentu bagi menilai agama dan akhlak seseorang itu. Ketika datang seorang lelaki yang memberikan kesaksian untuk seseorang, Umar bertanya kepadanya:
            Umar               : Adakah kamu mengenal orang ini?
            Sahabat           : Ya.
Umar               :Adakah kamu berjiran dengannya dan mengetahui saat dia keluar masuk?
            Sahabat           : Tidak.
Umar               :Adakah kamu pernah menemaninya dalam satu perjalanan (musafir) dan mengenal kemuliaan akhlaknya?
            Sahabat           :Tidak.
Umar               :Adakah kamu pernah berinteraksi dengannya yang melibatkan dinar dan  dirham (duit), sehingga kamu mengenal sifat hati-hatinya?
            Sahabat           :Tidak.
Umar               :Mungkin kamu pernah melihatnya berdiri dan duduk solat di masjid, mengangkat kepalanya pada suatu ketika dan menundukkannya pada saat yang lain?
            Sahabat           :Ya.
            Umar               :Pergilah. Sungguh kamu tidak mengenalnya.

Original : Ustazah Fatimah Syarha.

Hak cipta : Aku Seorang Musafir.com/aqilaljunied
Kalau anda mau sahre/copy paste ayat ini, kena minta izin pada ustazah fatimah dahulu :) atau dengan ana '' sebab ana dah minta izn pada ustazah fatimah :)

40 Mutiara kata ana | Aqil Aljunied

|
1. Andai kau cinta pada wajahku, itu b'erti anda bukan cinta diri-ku,iman-ku,akhlak-ku,taqwa-ku,jujur-ku tapi cinta pada kulit yang ada padaku, yang hilang, pudar, tidak kekal selamanya. 'cantik hanya setipis kulit yang menyaluti, keimanan,jujur itu kekal dari seseorang' ;) Mata kita hanya lihat dari segi kecantikan luaran, tapi tidak menilai keimanan, taqwa, jujur seseorang. Barakallah.

2. Jangan di-ingat masa silam anda yang penuh noda,dosa,maksiat. Ketahuilah Allah maha pemaaf kepada hambanya. Sebaik baik taubat nasuha. Barakallah

3. Hendak bercinta, memilih teman hidup, uji die terlebih dahulu '' tengok tahap keimanan & akhlak dia, andai kata dye marah, tampar, bergaduh '' tu bermakna '' anda kena rjct dia beb '' awal awal dah hotttt (Marah tak tetnu hala), belum jadi suami isteri '' dah gaduh tak henti2 '' Cari yang orang bersabar, keimanan, fizikal, akhlak, pribadi yang baik, penyayang, lembut dari kata2, tidak kasar, budi bahasa dengan anda dan jaga solat 5 waktu ( tanamkan cinta ALLAH & Rasulullah di hatimu ). 

4. Paling utama kita adalah muhasabah diri kita sendiri. Kunci kejayaan itu sebenarnya hanya satu: JUJUR :) . Barakallah

5. S'orang tidak akan pernah dapat mencintai anda dengan tulus dan apa adanya, jika kita selalu menyembunyikan kekurangan kita darinya ^^. Barakallah 

6. Senjata lelaki '' Setia '' ^^. Barakallah 

7. Lebih mudah melawan ribuan orang bersenjata lengkap dibandingkan melawan kesombongan diri sendiri. Barakallah 

8. Hati yang terluka adalah seumpamanya besi bengkok, walau telah diketuk, susah kembali menjadi bentuk asalnya. Barakallah 

9. Mulut dan lidah seseorang yang bercakap kotor adalah manifestasi hatinya. Tabarakallah 

10. Setiap muslim ada calender/tarikh dan masa masing masing untuk mati. Mungkin ada mati hari ini, malam, esok, waktu solat, waktu main fb, waktu bermain bola, waktu bermain maksiat dan dimana jua. Mati dimana mana tiada aturan. Maka kita harus hadapi seksaan nywa dicabut '' yang sakit bagaikan pedang yang tajam didunia '' Allahu Rabb. Sama sama kita buat suruhan Allah ok :) Tabarakallah 

11. Resah gelisah jiwa bila melakukan dosa, sedih hati bila lalai dengan Allah azza wajalla kemudian sedar semula tak tentu arah rasa hati bila terbuat kesalahan dan kesilapan. Tabarakallah 

12. Kecut perut bila teringat hukuman dan azabnya. Tabarakallah 

13. Orang islam mempunyai prinsip, misi, dan masalah yang lebih mulia dari sekadar membalas dendam, membenci dan penyakit dengki. Tabarakallah 

14. Sesiapa yang membasahi hatinya dengan mengingati Allah,ia tidak akan penat dengan kegersangan hidup. Tabarakalla

15. Jika mendapat nikmat,ia bersyukur , n bila diuji,ia sabar,dan jika berdosa,ia memohon ampun. Tabarakallah

16. Kita baring baring atas kerusi, atas katil dan di mana mana saja kita berada '' Para malaikat perhati kita '' any time 'nywa dicabut' Masa itu kita buat apa ? Buat apa ? Buat apa ? Taubat tidak sempat 'kerana malaikat maut dah amik nywa kita' menyesal ? 'Tiada gunaNya lagi. Yang hidup 'banyakan amal amal soleh ok' (n_n, kalau kita idam 'syurga firdausi' maka kita ikut perintah Allah, buka nafsu ,sytan ok. Tabarakallah

17. Biarlah isteri tak cantek, tak menawan, asal dia dapat ceriakan kite, membahagiakan kite, full time bagi kasih sayang aumm ^^. Tabarakallah

18. Jatuh cinte kepada gadis cumel takpe, asal jangan jatuh cinta sejenis '' Laki Laki '' tu binasa :) . Tabarakallah

19. Wanita dewasa bukanlah dia yg ingin terlihat sempurna utk semua lelaki, tapi dia yang ingin terlihat cantik untuk satu lelaki/suami yang dicintainya. Percayalah, hari ini akan lebih indah daripada kemarin jika kita mengawalinya dengan doa dan senyuman :) . Tabarakallah

20. Berani hidup harus berani menghadapi masalah, jangan takut dan jangan gentar, hadapi dengan benar dan tawakal, karena setiap masalah sudah diukur Allah sesuai kemampuan kita. Kita tak memiliki apapun dan tak dimiliki siapapun selain milik Allah. Hidup di dunia hanyalah sementara, mencari bekal untuk pulang dan menanti saat maut menjemput. Tabarakallah

21. Jangan kerana cinta, kita gadai maruah diri kepada se'org. Tabarakallah

22. Biarlah susah sedikit di dunia (kalaulah susah),harap di akhirat tidak membawa nasib yang sama.Bersangka baik dgn Allah swt. Tabarakallah

23. Wanita semua yang cantek cantek, molek molek, cute miut walaupn kita tak nampak sepenuhnya ye. maka lelaki harus terimalah seadanya yang terindah di lubuk hatimu, isteri adalah amanah buatmu. Didik isteri dengan keimanan. Didik isteri dengan takwa. Didik dengan penuh kasih sayang. Suami , cukuplah dia di hatimu, jangan di satukan lagi ye. Tabarakallah

24. Di Facebook buat kebaikan, Di Dunia rialiti buat amal soleh juga. Tabarakallah

25. Jangan kerana cinta. Kita lupa sang maha esa. Tabarakallah

26. Jika anda telah berusaha untuk mengubah sesuatu namun tetap tak berhasil, cobalah untuk mengubah pandangan anda. Melepaskan orang yang di cintai jauh lebih sulit/susah dibanding menerima cinta yang baru bagi hatimu. Tabarakallah

27. Ketika anda tulus mencinta, tak akan pernah ada kata menyerah. Meski pikiran ingin berputus asa, namun hati tetap ingin mencoba. Jangan terlalu lama menangisi apa yg telah terjadi. Hal yg kamu tangisi saat ini mungkin hal yang akan kamu syukuri suatu saat nanti. Tabarakallah

28. Hati yang berkarat dgn 2 perkara : Kelalaian dan dosa , pengilapnya dgn 2 perkara :Istighfar dan zikrullaah. Tabarakallah

29. Lelaki yang gentleman dia punye hak. Pandai masak. Pandai jaga solat. Tabarakallah Lelaki yang tidak gentleman dia xpunye hak. Pandai makan. Pandai tinggal solat.

30. Ambillah nasehat baik dari orang yang mengucapkannya meskipun ia tidak mengamalkannya. Tabarakallah

31. Nak buat maksiat? BOLEH. Tapi ingat segala cuti rehat,cuti sakit,EL Malaikat Roqeeb & 'Ateed tak pernah diluluskan Allah.. Tabarakallah

32. Kalau benarlah cinta itu lahir dari hati yang suci dan rela berkorban deminya. Mengapa tidak kejinjang pelamin pengakhirannya ? Tabarakallah

33. Betapa indahnya jika sesebuah persahabatan tidak memerlukan cagarannya..hanya berbekal keikhlasan sudah memadai. Tabarakallah

34. Hilang kekasih tak apa asal jangan hilang maruah diri. Tabarakallah

35. Hargailah sebuah persahabatan,ambillah iktibar andai perpisahan itu jalannya. Tabarakallah

36. Membahagiakan saudaramu cukuplah dengan tidak menyakiti hatinya dengan apa cara sekali pun. Tabarakallah

37. Ana update status bukan bererti ana seorang yang soleh, alim di mata anda , bukan pada status, post hadis, ceramah, ayat ayat quran, motivasi tetapi hanya satu peringatan untuk semua dan muhasabah diri. Soleh terletak pada amal ibadah, pi masjid, amal soleh, amal ibadat, taat ibu bapa, taat Allah dan Rasul and see more. Tabarakallah

38. Kite semua idam2 kan keluarga/rumah tngga yang bahagia bersama suami isteri :) maka kite harus dekat pada ALLAH ye . Keluarga Sakinah satu harapan '' saling kasih sayang '' bukan saling curang '' . Tabarakallah

39. Jadilah seorang wanita/muslimah yang mahal di facebook/dunia rialiti, bukan wanita yang murahan. Senang di urat,ngrat dan dapat terus hmm. Tabarakallah 

40. Allah swt jadikan cuma ada tarikh lahir sahaja,tarikh mati tidak diketahui. Tabarakallah 

Hak cipta : Aku Seorang Musafir.com/aqil aljunied

Kalau anda mau sahre/copy paste ayat ini, silakan :)

Bagaimana mencintai secara high class (Fatimah Syarha) | Aqil Aljunied

|
Cinta high class bukan ekslusif milik sesiapa. Cinta high class berhak dimiliki oleh kita semua. Jangan tunggu esok. Hari ini juga kita mesti mencintai secara high class. Jangan lupa, bantu si dia agar mampu mencintai secara high class juga. Err, apa itu cinta high class? Cintamu mendaulatkan Allah nombor satu, Cintamu padaku kerana Allahmu yang satu, Cintamu bermujahadah menahan nafsu. “Ya Allah, aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai dari diriku, keluargaku dan daripada air yang sejuk (ketika panas terik).” (HR al-Tarmizi). Saya terfikir, wanita dan lelaki saling tertarik. Itu biasa. Malah ketertarikan yang kuat ini turut dirasai oleh binatang jantan dan betina. Begitulah cara Allah menjamin berterusannya kehidupan di dunia. Wanita dan lelaki saling jatuh cinta. Itu juga biasa. Islam menolak sistem yang cuba menghapuskan terus fitrah ini seperti merahibkan diri. Islam menawarkan solusi iaitu pernikahan untuk menyalurkan fitrah menjadi barakah. Wanita dan lelaki sanggup berkorban segala-galanya demi cinta. Itu luar biasa. Tapi boleh membawa binasa. Tanpa asas agama, maruah diri sanggup dikorbankan sekali. Islam menutup pintu-pintu yang membawa kekejian untuk melindungi lelaki dan wanita daripada punca-punca keghairahan dan pencetus fitnah. Wanita dan lelaki bercinta selepas nikah, saling melengkapi agama pasangannya. Ini jauh luar biasa. Dan ini barulah high class. Jika belum menikah, cinta menjadi high class apabila teruna dan dara saling tinggi mujahadah. Bantu si dia memahami dengan mengurangkan perjumpaan dan komunikasi. Ianya atas dasar urusan dan keperluan sahaja dengan menjaga syarat dan batasan. Jika di luar batas urusan, mintalah fatwa dari hati. Kebaikan itu apa yang tenang dalam hati. Dosa itu apa yang was-was dan syak dalam hati. Nikmatilah indahnya saat menahan, bila halal, penuh keterujaan. Saya cuba memahami, mawar dan kumbang berbeza untuk saling melengkapi. Mereka saling jatuh cinta kerana perbezaan itu. Lelaki sukakan sifat kewanitaan seorang wanita. Wanita sukakan sifat kelelakian seorang lelaki. Lelaki dan wanita bagaikan botol dan penutupnya. Bagaikan elektron dan proton. Bagaikan baju dan seluar. Bagaikan sepasang selipar. Saling memerlukan. Bukti saling memerlukan ini akan menjadi luar biasa dan high class jika diluapkan kepada insan istimewa bernama suami atau isteri, bukan untuk teman wanita atau teman lelaki. Kenapa ianya high class? Itu tanda patuhi Allah. Itu tanda jauhi fitnah. Itu tanda sebuah mujahadah. ‘Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Akan kusimpan perasaan ajaib ini. Akan kuluapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita.’ (Monolog Qani'ah Syumaila dalam novel Cinta High Class).

Lelaki Dan Romantik | Aqil Aljunied

| Ahad, 5 Februari 2012
Weehuu ~ Penat seyh. Rasa macam urat-urat sendi nak putus. Bukan apa, gotong royong di rumah kan. Pihak berwajib yang membersihkan rumah ni tidak lain tidak bukan, aku, saya, me dan i. Eh? Macam sama jak orangnya tu? Haha, baru bersih sikit nak sakit badan. Mum aku stedy lagi, pas kerja office boleh lagi tengok drama Hindi channel 108 Zee, lepas tu urus hal ehwal rumah tangga. Aku?

Ala, kira ok la, rajin, kalau bakal bini aku tahu aku ni rajin, beruntungnya dia, cewah. Belum part lain lagi, lepas cuci kain, solat, baru berkira-kira nak masak. Ha, jangan, lelaki bujang semua terer masak, tak percaya? Perempuan cuba tanya kawan-kawan lelaki korang, konfom dorang jawab, “Maggi Masak Kari” atau “Ikan Sardin Masak Sos”. Terer apa?

Tapi aku masak baik punya lah, malas nak bagitahu, nanti riak, tuhan tak suka orang riak kan, haha. Tapi, apa kaitan aku cerita benda ni dengan romantik? Siapa cakap tiada kaitan? Kalau korang baca berita, konfom balik-balik nampak suami pukul isteri, itulah inilah, macam-macam lagi benda yang buat perempuan makin tak percaya dengan lelaki, kan?


Lelaki ni makin kurang romantik? Tengok drama ok jak pun? Sweet gitu. Janganlah TERpercaya dengan drama-drama semua tu. Siap candle light dinner lagi, siap bagi bunga ros, nak melamar siap melutut dan memulakan kata-kata indah ~ weehuu ~ satu keajaiban jika anda mengalaminya, apatah lagi melihat depan mata!

Aku ni lelaki, kenapa perlu diskriminasikan lelaki? Bukan setakat diskriminasi lagi, diskrimibubur terus. Tapi, bukan semua lelaki macam tu, kalau korang baca berita, ada dorang mahu letak cerita front page “Suami tempah meja makan malam dengan isteri”, “Suami nyanyikan lagu cinta di Kbox”, ada di berita? Tiada kan? Peranan media yang mempengaruhi pemikiran masyarakat.

Lelaki romantik ni macam mana juga? Secara prinsipnya, lelaki romantik adalah lelaki yang pandai membelai jiwa wanita dan faham keperluan wanita secara kejiwaannya. Secara ayat sempoi, membuat sesuatu dalam apa cara yang menyentuh perasaan wanita. Bukan menyentuh tu menyakitkan, tapi menyenangkan.

“Ala, my boyfie romantik tau”, erk? Nanti kalau kahwin, cuba tengok, perangai dorang sama atau tidak macam sebelum kahwin. Kalau sama, Alhamdulillah, kalau tak sama, Alhamdulillah juga, haha. Sebab tu aku malas cerita part kapel ni, tiada faedah pun. Nanti timbul cerita “Dulu masa sebelum kahwin, perangai abang tak macam ni!”. Cuba cinta lepas kahwin, ada mahu ungkit-ungkit cerita sebelum kahwin?

Tips romantik ni senang sahaja, buatlah macam mana pun, selagi dapat sentuh hati dia, itupun dah cukup romantik sesangat. Perempuan ni senang saja nak sentuh hati mereka bagi yang bergelar isteri, dengan sentuhan kasih sayang, pergh ~ cair. Yang penting, buat benda tu pada masa yang betul.


“Bang, nak rehat dulu ya, nanti ayang masak untuk abang, tapi kalau lapar dah, bagitahu ayang tau”, ujar si isteri, sambil suami dalam hatinya berkata “Kepenatan agaknya”. Lantas si suami mengambil keputusan untuk memasak buat isterinya. Selesai masak, si isteri tiba-tiba menjengah ke dapur, untuk memasak buat suaminya.

“Dah masak pun, jom makan”, lembut suara si suami. “Eh? Biar betul abang masak? Setahu ayang, abang bukan pandai masak pun?”, penuh persoalan di minda is isteri.

“Aikz, jangan dipandang sebelah mata, dah, jom makan, ada di tudung saji tu, special tau untuk ayang”, balas si suami dengan senyuman.

“Yarabi, abang? Ini specialnya yek?”, tergelak si isteri sebaik sahaja membuka tudung saji itu.

“Ok apa, maggi masak kari, dari maggi gulai masak lemak, nanti ada yang terpaksa makan luar, lagipun bukan senang abang nak masak ni, khas untuk ayang juga”, si suami tergelak sama. Si isteri kemudiannya tersenyum. Mereka berdua makan dalam suasana ceria, biarpun hanya memakan maggi sahaja.

Tak payah nak candle light dinner segala, cukup maggi, asal tahu menyentuh hati si isteri, insyaAllah, romantik itu terjadi sendiri. Yang penting melakukan di tempat yang betul. Jika si isteri tengah berdukacita, tenangkan hatinya, pujuk hati dia dengan sentuhan kasih sayang, itupun romantik. Kunci utama, belai hati, kan?

Pergh ~ Macam kaunseling rumahtangga pula tau, haha. Dari cerita kemas rumah, termelencong sampai romantik. Yang lelaki, korang belajar lah kemas rumah, rajin cuci baju, belajar memasak, sebab kalau buat benda tu sama-sama dengan isteri, konfom orang akan cakap “Sweetnya suami dia, selalu tolong isteri buat kerja rumah”, sweet tu kira romantik la tu, ahakz.

Cukuplah, kalau aku cerita lebih, aku pun belum nikah, haha. Nanti aku bagi banyak-banyak, manatahu bakal isteri terbaca ni, tak dapat aku buat romantik, cewah, haha. Yang penting, lelaki mesti tahu, konsep romantik ni luas, tak kira dari kata-kata, hinggalah perbuatan, asal dapat jadi cupid guna panah tu, zupp, tembus, opkoz si dia jadi bertambah cair. Jangan panah betul-betul, nanti ada sedekah Al-Fatihah pula, hehe.


Sekarang aku nak layan bola dulu, sambil blogngensot, manatahu, time-time blogngensot, jumpa jodoh aku kan? Haha. Kepada perempuan, jangan salahkan aku kalau pasangan anda masak maggi lepas ni, weehuu~

Bro: Aku bukanlah superman, aku juga bisa masak maggi.

Bukan Diriku | Aqil Aljunied

|
“Awak, saya nak bagitahu awak sesuatu”

“Ya? Apa dia?”

“Saya suka kat awak, sungguh, hati saya meronta untuk mengatakan cintakan awak”

“……….”

“Awak?”

“……….”

“Kenapa awak diam?”

“Maaf”

“Untuk?”

“Saya telah berpunya dan saya cintakannya”

“Hmm.. Siapakah si dia itu?”

“Jodoh saya”

“Jodoh awak? Siapa? Takkan tak bernama?”

“Saya tak kenal dia, tapi saya dah jatuh cinta dengan dia”

“Bagaimana awak jatuh cinta dengan dia sedangkan awak tak kenal dia?”

“Kerana ianya telah tertulis di luh mahfuz, dia jodohku. Jodoh yang tak diketahui”

“Kalau begitu, izinkan saya menjadi jodoh awak”

“Saya tak dapat, maaf”

“Kenapa? Apa yang kurang pada saya?”

“Tiada kurangnya, tiada cacat celanya”

“Jadi, kenapa awak tidak mahu saya menjadi jodoh awak? Saya cintakan awak keranaNya”

“Betulkah? Saya tak percaya”

“Kenapa saya harus tipu dengan wanita yang sentiasa saya rindu?”

“Ayat awak telah menjelaskannya, bahawa awak bukan cintakan saya keranaNya”

“Ayat saya? Yang mana satu?“

“Rasulullah telah bersabda : “Mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia”. (Riwayat Bukhari Muslim)”

“Kalau saya dah cinta awak, takkan saya nak pendam?”

“Itulah sebaiknya, kerana syaitan sentiasa mencari jalan mencemarkannya. Simpanlah cinta itu untuk jodohmu”

“Tapi, saya tetap nak menjadi jodoh awak. Bagaimana harus saya menjadi jodohmu? Awak belum lagi memberi izin untuk diri ini menjadi teman hidupmu”

“Maaf, bukan diriku, yang berhak memberi izin adalah waliku, jika benar ingin menjadi jodohku, kepada waliku diri ini berserah”

(Si lelaki memahaminya, lalu berlalu pergi)

Memilih Itu Perlu, Bukan Terlalu | Aqil Aljunied

|
Cakap jak ciri-ciri idaman hati, standard semua nak yang terbaik. Siap set dalam minda nak yang mengambil berat, memahami, menyayangi, beriman, standardlah katakan.

Dalam Islam sendiri, tiada halangan untuk kita memilih yang macam mana kita inginkan. Baginda Rasulullah s.a.w dalam sabdanya bermaksud :

“Seseorang wanita itu dikahwini kerana empat perkara: Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Utamakanlah yang mempunyai agama,nescaya kamu akan selamat” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Mungkin yang dikatakan adalah buat lelaki, namun buat wanita pun secara kiasnya berpandukan ini juga. Memilih yang beragama itu yang terbaik buat kita.

Pesan Nabi s.a.w “Apabila datang melamar kepadamu seseorang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya, maka kahwinkanlah. Jika tidak kamu laksanakan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang luas” (Riwayat Tirmizi)

“Janganlah kamu kahwini wanita kerana kecantikan mereka, kerana kemungkinan kecantikan itu akan menghancurkan mereka sendiri. Dan janganlah kamu kahwini kerana harta mereka, kerana mungkin harta itu menyebabkan mereka derhaka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama. Sesungguhnya hamba yang berkulit hitam, tetapi beragama adalah lebih baik” (Riwayat Ibnu Majah)

Tapi tak salah kalau mata juga inginkan kecantikan, keturunan mahupun harta, tapi mereka yang punya agama lebih memudahkan urusan dunia dan akhirat.

Sebab itu memilih memang perlu. Jadi, yang terlalu memilih ni macam mana?

Nak kampung dekat-dekat? Kerja tertentu? Rupa paras itu ini?

Itu masih tahap memilih, sebab semua nak yang terbaik buat dirinya kan. Mungkin kerana faktor-faktor tertentu menyebabkan keperluan memilih sedemikian rupa.

Terlalu memilih ini adalah yang mana kita terlalu inginkan kesempurnaan. Semua mengikut apa yang kita mahukan. Tak ada cacat celanya. Dan mereka sedemikian rupa yang tergolong dalam orang-orang yang rugi.

Wah, ikut sedap mulut jak cakap macam tu, hehe. Bukan apa, yang terlalu memilih ni, yang tak tahu bersyukur. Dah jumpa yang bagus, oleh sebab hanya slack sikit sahaja, sudah kita reject.

Ingatlah, kita pun ada kekurangannya. Janganlah mencari kesempurnaan, kerana itu yang merugikan. Terima sesuatu seadanya, bila dah memilih, doa dan tawakal menjadi senjata.

Apapapun, nak terbaik, jadilah yang terbaik..

bro : Huaa, nak cari kayu, nak cari kayu, nak cari kayu. Eh? Silap masuk channel daaa~

Jodoh Itu Urusan Allah | Aqil Aljunied

|
Jodoh pertemuan, ajal maut di tangan tuhan”

Ayat yang selalu diungkapkan, dan sememangnya ada kebenaran. Bayangkan 3 tahun sebelum itu kita menyukai seseorang, namun pada tahun ini kita kita bertemu dengan orang lain, yang pada 3 tahun yang lalu kita sama sekali tak pernah berjumpa.

Kuasa Allah, itulah yang berlaku apabila bertemu jodoh.

Persoalan yang selalu berlegar, bagaimana mendapatkan jodoh yang terbaik buat kita? Selalu yang ditekankan dalam blog ini, nak yang baik, jadilah yang terbaik.

Bukan mudah menjadi orang yang baik, lagi-lagi zaman yang penuh mencabar. Bagaimana pula kalau sudah jadi baik, tapi mendapat perangai yang kejam gila?

Selalunya akan berlaku kes penceraian, hanya kerana suami panas baran, atau si isteri yang nusyuz. Yang kekal akan terseksa jiwa raga.

Asiah, isteri Firaun, betapa sabar hingga ajal mendatang disamping suaminya yang kufur, sedangkan dirinya beriman. Nabi Lut, diuji hebat dalam dakwah, bukan sekadar melayan kerenah kaumnya itu, tetapi isterinya juga.

Semuanya ada hikmah, jadi tiada perlu ditakutkan dalam urusan jodoh.

Berserah kepada Allah, dan jika telah menemui pilihan hati, berusahalah segera ke arah pernikahan, kerana khuatir menimbulkan fitnah dunia.

Akhir zaman, amat sukar mencari lelaki yang menundukkan pandangan, dan wanita yang menjaga batas pergaulan. Rebutlah peluang jika terjumpa lelaki atau wanita sedemikian rupa.

Ataupun mungkin, anda boleh menjadi lelaki sedemikian, dan menjadi wanita sedemikian. Nak yang baik, jadilah yang terbaik. Dan ingat, jodoh itu urusan Allah, siapa yang kita dapat, redhailah.

Yang penting, ada sesuatu yang menyebabkan aku hairan. Sesuatu yang mengusik jiwa. Yakni, kenapa post aku ni dari awal sampai akhir serius bangat deh? Waaah~

bro : Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. Jadi, janji Allah bahawa lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku di awal perkahwinan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya, malah sepanjang ke syurga! – Imam Global, Majalah Solusi.
 

Copyright © 2010 Aku Seorang Musafir.com,aqil